TINJAUAN AWAM MENGENAI CADANGAN PAKEJ LANTIKAN TETAP DAN BERCARUM (LTB) KEPADA PEGAWAI LANTIKAN BAHARU DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Mukasurat 1 daripada 8

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mengkaji cadangan pelaksanaan kaedah Lantikan Tetap dan Bercarum (LTB) kepada pegawai lantikan baharu dalam perkhidmatan awam. Cadangan LTB ini adalah selaras dengan keputusan Kerajaan supaya JPA mengkaji model sistem saraan perkhidmatan awam yang lebih mampan.

Bagi tujuan tersebut, tinjauan awam ini dilaksanakan bermula 1 Jun 2025 sehingga 30 Jun 2025, bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan idea baharu (tidak terhad kepada pegawai awam sahaja). Ini bagi memastikan agar pakej LTB yang ditawarkan kelak bersifat terangkum dengan mengambil kira sudut pandang yang berbeza, dan meliputi pelbagai aspek manfaat serta kebajikan pegawai awam semasa persaraan.

Tinjauan ini mempunyai dua (2) bahagian seperti berikut;

Bahagian 1: Maklumat Demografi
Bahagian 2: Faedah persaraan perkhidmatan awam dibawah skim caruman

Sehubungan itu, JPA dengan hormatnya menjemput Tuan/Puan untuk berkongsikan pandangan dan input melalui tinjauan ini. Segala pandangan dan input Tuan/Puan akan membantu Kerajaan dalam menghasilkan pakej lantikan yang terbaik buat generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN 1: MAKLUMAT DEMOGRAFI

Sila pilih jantina anda.
Sila pilih kumpulan umur anda.
Sila pilih pekerjaan anda.
Sila pilih tahap pendidikan anda.

BAHAGIAN 2: FAEDAH PERSARAAN PERKHIDMATAN AWAM DIBAWAH SKIM CARUMAN.

A. Perancangan Kewangan

Struktur akaun KWSP bagi ahli di bawah umur 55 tahun dibahagikan kepada tiga (3) akaun iaitu:

  1. Akaun 1 - Persaraan (75%);
  2. Akaun 2 - Sejahtera (15%); dan
  3. Akaun 3 - Fleksibel (10%).

A1. Pengeluaran Pra-Persaraan (dalam perkhidmatan di bawah usia 55 tahun)

  1. A1(a). Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan selepas mencapai usia 55 tahun, manakala Akaun 2 dan Akaun 3 masing-masing dibenarkan pengeluaran sebelum mencapai usia berkenaan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

A2. Pengeluaran Persaraan (selepas bersara)

A2(a). Selepas usia 55 tahun, pencarum boleh membuat pengeluaran simpanan dan boleh juga membuat pelaburan melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan.

A2(b). Manfaat tambahan Pegawai awam bawah skim KWSP

Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)

B. Perlindungan Kesihatan 

Faedah perlindungan kesihatan bagi ahli di bawah umur 55 tahun dikategorikan kepada empat (4)  iaitu:

  1. Pelan Perlindungan Ahli melalui i-Lindung
  2. Pengeluaran Kesihatan Penyakit Kritikal
  3. Pengeluaran Kesihatan Rawatan Kesuburan
  4. Pengeluaran hilang Upaya termasuk Ex-Gratia 

B1. Pra Persaraan (dalam perkhidmatan di bawah usia 55 tahun)

  1. B1(a). KWSP menyediakan perlindungan kesihatan melalui beberapa kemudahan dan inisiatif untuk memastikan kebajikan ahli terjaga semasa dan selepas bekerja melibatkan Pelan Perlindungan Ahli melalui i-Lindung, pengeluaran kesihatan penyakit kritikal, pengeluaran kesihatan rawatan kesuburan, dan pengeluaran hilang upaya termasuk bantuan hilang upaya (Ex-Gratia).

B2. Perlindungan Kesihatan (selepas bersara)

Kad Pesara

C. Caruman 

Kadar caruman majikan dan pekerja yang ditetapkan dibawah Akta 452- Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 memperuntukkan peratusan daripada gaji bulanan pekerja iaitu 13 peratus (majikan) dan 11 peratus (pekerja).

D. Bantuan mengurus Jenazah

Bantuan mengurus jenazah oleh KWSP boleh dituntut oleh waris atau penuntut yang sah untuk membantu menanggung kos pengurusan jenazah ahli KWSP yang meninggal dunia.

D1(a). Pra Persaraan (masih dalam perkhidmatan dan berumur di bawah 55 tahun)

Bantuan pengurusan jenazah sebanyak RM2,500 (KWSP) diberikan sebagai bayaran sekali sahaja sekiranya pencarum meninggal dunia semasa masih dalam perkhidmatan.

Tambahan bantuan RM3,000 (pegawai awam) akan disalurkan oleh kerajaan sekiranya pegawai awam meninggal dunia.

D1(b). Pra Persaraan (dalam perkhidmatan di bawah usia 55 tahun)

Bantuan Mengurus jenazah sebanyak RM2,500 (KWSP)
Tambahan Bantuan RM 3,000 (Pegawai awam)

E. Cadangan Tambahan

Rumusan

Sila pilih satu pilihan.

Cadangan Umur Persaraan

Invalid Input

Dengan menekan butang Hantar Maklum Balas, saya bersetuju pandangan saya ini dikongsi untuk penggubalan dasar negara.

Lokasi

Jabatan Perkhidmatan Awam
Blok C1-C3, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat
8:30 pagi - 5:30 petang

Kecuali Cuti Umum &
Hari Kelepasan Am

Hubungi Kami

+603 8885 3380

© 2025 Jabatan Perkhidmatan Awam. Hak Cipta Terpelihara